Fakta Kanser - Kanser tidak lagi membunuh - Keladi Tikus Penawar Kanser (Typhonium Flagelliforme, Rodent Tuber, Tuban xia, Laoshu yu)

Go to content

Main menu:

Fakta Kanser

Maklumat Kanser
Kanser mempunyai lebih dari 200 jenis, dan ia biasanya dinamakan sempena tempat atau kawasan dimana ianya terjadi, sebagai contoh kanser paru-paru terjadi pada paru-paru dan kanser otak yang terjadi pada bahagian otak. Kanser juga dapat dikelaskan pada jenis sel yang membentuknya seperti sel epitelium (sel pada daging) atau sel skuamosa (sel pada kulit).

Setiap sel yang berkembang secara luar biasa berpotensi boleh menyebabkan kanser, keadaan ini berpunca daripada pendedahan kepada bahan kimia atau toksik, radiasi, beberapa jenis patogen (bakteria yang menyebabkan penyakit - rujukan) serta faktor genetik. Kanser yang menyerang tidak mempunyai sebarang tanda yang jelas sehinggalah ianya terbentuk pada saiz atau tahap yang dapat dikesan, namun begitu terdapat tanda-tanda serangan kanser yang perlu segera dirujuk kepada pengamal perubatan, antaranya adalah:

  • Keletihan
  • Kehilangan berat badan secara mendadak.
  • Perubahan pada proses pembuangan air besar dan kecil.
  • Pendarahan yang luar biasa semasa batuk atau semasa membuang air.
  • Batuk berterusan dan berlakunya perubahan suara.
  • Demam luar biasa

Senarai di atas hanyalah beberapa simtom yang biasa dialami oleh pesakit kanser, namun bagi memastikan keadaan yang sebenar pesakit perlulah didiagnos terlebih dahulu bagi mendapatkan bacaan yang tepat mengenai penyakit yang dialami dengan mengambil sampel tisu pada kawasan yang disyakki. Tahap kanser akan ditentukan oleh hasil biopsi, kaedah ini akan menentukan jenis kanser serta sejauh mana ianya sudah merebak, kaedah ini juga dapat membantu doktor bagi menentukan kaedah rawatan yang bersesuaian dengan penyakit yang dialami. Secara umumnya, semakin tinggi tahap kanser yang dikesan bermakna semakin besar dan lebih luas ianya sudah merebak di dalam tubuh. Kaedah rawatan pula adalah berbeza, ianya akan direka oleh pakar onkologi bagi memastikan kaedah yang digunakan adalah bersesuaian dengan kanser yang dihadapi. Kaedah yang biasanya digunakan adalah bermula dengan pembedahan, diikuti dengan kimoterapi atau radioterapi selain daripada ubat-ubatan yang akan dibekalkan selepas proses pembedahan atau radioterapi sebagai rawatan susulan.

10 fakta tentang kanser:

  • Kanser boleh menyerang semua golongan.
Muda atau tua, kaya atau miskin tidak terkecuali mempunyai risiko serangan kanser, ianya merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan sel yang tidak terkawal dan boleh menjangkiti keseluruhan tubuh. Kanser merupakan punca utama kematian di seluruh dunia.

Pada tahun 2015, sebanyak 8.8 million orang telah meninggal dunia disebabkan kanser, membabitkan hampir 1 per 6 jumlah kematian global yang menyumbang kepada 16% kematian di seluruh dunia secara keseluruhan.

  • Tembakau penyebab utama kanser
Pada tahun 2013, sebanyak 174,000 kes kematian akibat kanser yang berpunca daripada penggunaan tembakau telah dicatatkan di Amerika Syarikat, dan ia boleh menyerang sesiapa sahaja yang terdedah kepada asap rokok, bukan hanya mereka yang merokok. Sebanyak 70% daripada jumlah kematian akibat kanser terjadi kepada negara yang berpendapatan rendah serta sederhana.

  • 5 jenis kanser yang membunuh lelaki.
Pada tahun 2015 secara keseluruhan, terdapat 5 jenis kanser yang biasa menyerang golongan lelaki dan kebanyakkan daripada mereka meninggal dunia disebabkan oleh serangan ini, antaranya adalah: kanser paru-paru, kanser hati, kanser perut, kanser usus dan prostat.

  • 5 jenis kanser yang membunuh wanita.
Bukan sahaja lelaki, malah wanita juga mempunyai senarai kanser yang biasa menyerang dan menamatkan riwayat, antaranya adalah (mengikut turutan): kanser payudara, kanser paru-paru, kanser usus, kanser servik serta kanser perut.

  • Berhenti merokok dapat mengurangkan serangan kanser.
Sebanyak 30 - 50% kanser boleh dihalang dengan tidak merokok. Penggunaan tembakau merupakan salah satu daripada punca utama kes terjadinya kanser di seluruh dunia, dan menjadi salah satu daripada penyebab utama kepada hampir 22% kematian disebabkan kanser yang berkait dengan penggunaan tembakau.

  • Penggunaan herba
Di negara maju seperti Jerman dan Itali, herba telah digunakan bersama dengan rawatan konvensional yang ada bagi merawat kanser, keadaan ini berbeza pada negara berpendapatan rendah dan sederhana di mana kanser dirawat dengan kimoterapi sahaja. Kajian dan praktikal yang dibuat terhadap herba telah berjaya menyelamatkan ribuan nyawa pesakit, terutama jika rawatan konvensional mula menunjukkan tanda-tanda ketidakcekapan semasa proses rawatan.



Ribosome Inactivating Proteins mempunyai kadar kebolehrawatan yang tinggi bagi mengubati penyakit kanser.
Kajian oleh: Dr. Riccardo Vago, Institute for Research and Health Care San Raffaele, Milan, Itali.

  • Kanser pembunuh nombor 2 dunia
Kanser merupakan sejenis penyakit yang menjadi pembunuh nombor dua di seluruh dunia selepas penyakit jantung, walaupun menggunakan kaedah yang paling canggih dan moden namun untuk merawatnya secara 100% adalah menghampiri fasa mustahil jika tidak menggabungkan beberapa kaedah rawatan. Di Amerika syarikat, terdapat 1 kematian akibat kanser pada 4 kematian.

  • Kurang tidur meningkatkan risiko kanser
Bagi mereka yang tidur kurang daripada 6 jam setiap hari berpotensi membina kanser kolon pada tubuh berbanding mereka yang tidur cukup 6 jam sehari.

  • Semakin tua, semakin berisiko
Secara purata, sebanyak 77% daripada keseluruhan kes kanser dikesan pada mereka yang berumur 55 tahun dan keatas. Hal ini terjadi mungkin disebabkan oleh penurunan kadar kesihatan, jangkitan virus, penyakit yang telah lama ada di dalam tubuh serta penurunan kadar antibodi.

  • Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara.
Ibu yang menyusu badan dilihat dapat mengurangkan serangan kanser payudara berbanding ibu yang tidak menyusu.

Kanser: tiada rawatan pintas
Kanser bukanlah sejenis penyakit yang sama tarafnya dengan demam selsema atau sakit gigi, ianya adalah penyakit yang melibatkan banyak anggota badan sehingga kepada emosi dan perasaan, oleh itu adalah amat penting bagi mengetahui akan kesannya pada tubuh dan kaedah yang terbaik bagi mengatasinya. Kanser adalah sejenis penyakit yang mempunyai kategorinya yang tersendiri, bagaimana ia bertindak dan berkembang adalah satu bab khas yang perlu diketahui. Kehidupan seorang pesakit kanser biasanya berubah hampir 300° bermula daripada pemakanan, hobi, amalan rutin seharian sehingga kepada amalan spiritual. Walaupun kanser sedikit rumit untuk sembuh namun dengan penggunaan ubatan yang bersesuaian ianya mungkin dapat disembuhkan. Hampir 90% kematian disebabkan kanser adalah berpunca daripada tiada tindakan bagi mendapatkan rawatan pelengkap yang menyebabkan kanser yang ada tidak dapat ditangani dengan lebih efektif. Rawatan pelengkap seperti penggunaan herba yang tinggi kandungan Ribosome-inactivating proteins dapat membantu merawat kanser utama termasuk sisa kanser yang tersebar ke kawasan lain di dalam tubuh dengan lebih cekap.
 
Berkat Herba Nusantara @ penawarkanser (Malaysia) - 2018
Back to content | Back to main menu