Kanser dan Manusia - Kanser tidak lagi membunuh - Keladi Tikus Penawar Kanser (Typhonium Flagelliforme, Rodent Tuber, Tuban xia, Laoshu yu)

Go to content

Main menu:

Info Kanser

Kanser merupakan sejenis penyakit yang pada karekternya, merupakan pertumbuhan sel yang tidak terkawal yang mengubah informasi genetik pada sel. Tubuh kita terbina dengan gabungan berbilion sel untuk membentuk tisu dan organ seperti otot, tulang, paru-paru, hati dan lain-lain. Gen yang terdapat pada setiap sel pula mengawal pertumbuhan, cara kerja serta penghasilan semula sel yang baru. Secara normalnya, setiap sel akan bekerja mengikut peraturan yang kompleks bagi mengekalkan pembentukan tubuh individu namun, apabila ianya terpisah daripada rantaian perintah daripada sel-sel yang lain akan menyebabkan terjadinya pertumbuhan sel baru yang secara lazimnya berada di luar kawalan tubuh.

Diberitahu bahawa anda telah mengidap kanser merupakan sesuatu yang amat sukar untuk diterima, namun mengikut statistik, setiap tahun hampir 40,000 rakyat Malaysia disahkan mempunyai penyakit yang membawa maut ini, dan dianggarkan 1 daripada 4 orang rakyat Malaysia mengidap penyakit ini saban tahun. Kanser adalah penyakit yang agak ganas dan biasanya berakhir dengan kematian, walaupun terdapat kaedah moden yang dikatakan mampu menyembuhkan penyakit ini, namun tidak ada jaminan bahawa rawatan tersebut mampu merawat penyakit ini sepenuhnya.


Kanser biasanya akan menyerang kembali dengan lebih ganas,
biasanya selepas 5 tahun daripada tarikh rawatan terakhir.

Mencegah kanser adalah lebih baik daripada merawatnya, malangnya tidak ramai yang mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan ianya wujud dalam tubuh. Cara untuk mengelakkan kanser adalah sangat mudah - amalkan gaya hidup yang sihat, bunyinya mudah namun, tidak ramai yang mampu mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kerana apa yang terhidang di hadapan mata seharian membawa kepada wujudnya penyakit ini dalam tubuh. Rokok, makanan yang diawet, makanan yang telah diproses (terutamanya produk berasaskan daging) menyumbang kepada risiko terjadinya kanser, keadaan ini boleh dielakkan dengan kawalan yang ketat terhadap bahan-bahan ini daripada terus digunakan dalam kehidupan seharian, usaha pencegahan ini secara tidak langsung dapat menyumbang kepada kesihatan tubuh badan namun, ianya sangat sukar ditapis kerana tanpa kita sedar kita sebenarnya bergantung kepada bahan atau produk penyebab kanser sejak bertahun lamanya.

Langkah kawalan
Adalah perlu bagi mereka yang ingin menghidari daripada penyakit kanser ini, terutamanya perokok serta pengguna produk yang menyebabkan kanser mengawasi apa yang ada didalam rumah dan apa yang dihidang di atas meja makan. Penggunaan barangan seperti tembakau, adalah perlu diminimakan dan jika boleh, hentikan ini kerana selain daripada membahayakan nyawa pengguna itu sendiri, ianya juga boleh mengancam orang yang ada di sekeliling. Penggunaan bahan makanan yang diproses seperti sosej, daging cincang yang mengandungi bahan mengawet, makanan dalam tin seperti sardin, kari serta makanan segera adalah perlu diminimakan penggunaannya kerana bahan pengawet yang digunakan secara tidak langsung menyumbang kepada permasalahan ini. Air minuman serta ubat gigi yang mengandungi kandungan FLOURIDE yang tinggi juga perlu diminimakan penggunaanya, semak label sebelum membuat pembelian. Makanan yang dibakar seperti satay, kambing bakar, ayam bakar yang mempunyai kesan hangus terbakar juga perlu dielakkan, ini kerana kawasan yang hangus terbakar itu mempunyai karbon dioksida yang tinggi yang boleh menyebabkan terjadinya percambahan sel kanser.
 
Hakcipta terpelihara penawarkanser - 2017
Back to content | Back to main menu