Kanser dan Rawatannya - Kanser tidak lagi membunuh - Keladi Tikus Penawar Kanser (Typhonium Flagelliforme, Rodent Tuber, Tuban xia, Laoshu yu)

Go to content

Main menu:

Kanser dan Rawatannya

Info Kanser
Rawatan kanser di beberapa negara membangun biasanya menggunakan ubatan kimia. Kaedah seperti suntikan serta pancaran gelombang radiasi akan menyerang sel-sel kanser tersebut. Walau bagaimanapun, masih terdapat sebilangan kecil sel yang tidak terkesan dengan beberapa kaedah rawatan ini sehingga dapat membentuk sistem pertahanan yang tersendiri bagi melawan kembali bahan kimia yang terdapat dalam kaedah rawatan moden ini. Penggunaan herba sering kali dilihat sebagai pilihan alternatif di dalam merawat kanser. Penggunaan herba yang bersesuaian dengan pesakit akan membantu proses penyembuhan disamping perubatan moden yang sedia ada. Pengambilan ubatan yang bersesuaian akan meningkatkan lagi metabolisma tubuh pesakit sekaligus memberi ruang pada tubuh untuk berada didalam posisi yang positif, ini sangat membantu didalam proses penyembuhan.

Kanser adalah sejenis penyakit yang berkembang secara multiply (pecahan). Ia boleh menyerang pada beberapa bahagian tubuh pada satu-satu masa. Pencegahan awal seperti pengambilan makanan tambahan seperti herba dilihat dapat mengawal kanser daripada terus menyerang, akan tetapi, terdapat juga langkah rawatan bagi mereka yang sudah terkena penyakit ini, samada melalui kaedah perubatan moden mahupun secara tradisional. Kanser terhasil akibat perubahan faktor persekitaran yang tercemar serta makanan yang tidak mempunyai khasiat, malah beracun. Kanser biasanya menyerang tubuh yang berasid tinggi, kandungan asid dapat diukur melalui kaedah ujian darah. Penggunaan bahan beralkali tinggi dapat mengimbangi kandungan asid sekaligus dapat meminimakan risiko terkenanya serangan kanser, terutamanya pada mereka yang mempunyai sejarah keturunan yang mengidap penyakit ini. Kanser mengambil masa yang lama untuk menyerang, ianya kadang kala tidak memberi sebarang tanda sehinggalah ianya mencapai tahap 3 dan 4 dan biasanya agak sukar untuk dirawat.

Kanser boleh diubati, terdapat beberapa kes yang menunjukkan kejayaan penyembuhan, baik dari sudut tradisional mahupun moden, akan tetapi, terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti oleh pesakit yang menghidapi kanser untuk sembuh sepenuhnya, ini kerana, walaupun kanser itu telah hilang, kebiasaannya ia akan meninggalkan sisa sakit baki sel yang aktif yang tidak termusnah dengan beberapa kaedah rawatan, ini akan menyebabkan sel itu kembali menjadi ketumbuhan utama (malignant) selepas beberapa tahun (biasanya 8-10 tahun) dan saki baki sel kanser yang tercicir ini akan membina perumah di bahagian lain pada anggota badan dan biasanya tidak disedari sehinggalah ianya terbentuk dalam bentuk yang boleh dikesan melalui kaedah perubatan yang sedia ada. Tidak ada satu pun kaedah rawatan yang menjanjikan penyembuhan kanser secara total, ini kerana sel kanser sebenarnya adalah sebuah kehidupan asing yang wujud di dalam tubuh, dan ianya akan terus hidup jika pesakit itu sendiri tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat, tidak berpantang serta tidak mengamal pemakanan sebagaimana yang disarankan. Terdapat banyak pantang larang yang perlu diikuti oleh pesakit kanser, salah satunya adalah mengamalkan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh (detox) seperti berbasikal, berkebun, berenang dan lain-lain. Pesakit kanser juga disarankan agar mempunyai hobi yang boleh mengalihkan tumpuan pemikiran daripada memikirkan tentang masalah kanser yang dihidapi, semakin kuat pesakit itu memikirkan kanser yang dihadapi, semakin nipis peluang untuknya sembuh, ini kerana kanser adalah penyakit yang berkait rapat dengan emosi, oleh itu pesakit seharusnya menjalani kehidupan sebagaimana biasa tanpa perlu memberati pemikiran dengan masalah yang dihadapi, sebaliknya perlu berikhtiar untuk mencari rawatan yang boleh membebaskan dirinya daripada penyakit ini. Memikirkan tentang nasib dan penyakit yang dihadapi hanyalah memburukkan lagi keadaan.



Herba keladi tikus (Typhonium flagelliforme) adalah tanaman sejenis talas setinggi 25 cm hingga 30 cm, termasuk tumbuhan semak, menyukai tempat yang lembab yang tidak terkena matahari langsung. Tanaman berbatang basah ini biasanya tumbuh di tempat terbuka pada ketinggian 1.000 meter di atas permukaan laut. Bentuk daunnya bulat dengan ujung runcing berbentuk jantung. Warnanya hijau segar dan umbinya berbentuk bulat rata sebesar buah pala. Tanaman ini pertama kali diakui sebagai tanaman yang mempunyai nilai perubatan oleh ahli botani, Prof Dr.Chris K.H.Teo,Dip Agric (M), BSc Agric (Hons)(M), MS, PhD, Universiti Sains Malaysia. Sejak tahun 1995 Prof. Chris Teo meneliti tanaman ini, hasilnya menunjukan Ekstrak Typhonium Flageffiforme dan campuran bahan alami lainnya membantu detoxifikasi jaringan darah. Ramuan ini akan semakin baik bila diberikan bersama-sama dengan bahan herba lain, seperti sambiloto, temu putih dan rumput mutiara.

Herba Keladi tikus mengandungi ribosome inacting protein (RIP), zat antioksidan dan zat antikurkumin. Kombinasi ketiga-tiga zat ini dapat mengaktifkan fungsi sel darah dengan menghasilkan beberapa komponen aktif, sehingga merangsang dan mengaktifkan sistem kekebalan tubuh. Di Malaysia Keladi Tikus digunakan sebagai ubat penyembuh penyakit kanser yang penggunaannya dicadangkan perlu bersama dengan rawatan seperti kemoterapi (chemotherapy) atau radioterapi (radiotherapy). Terdapat pesakit kanser tahap tinggi yang menggunakan keladi tikus telah menunjukkan hasil yang sangat positif. Keladi Tikus dapat mengatasi efek sampingan dari chemotheraphy, seperti rambut gugur, mual, perasaan tidak selesa dan berkurangnya nafsu makan.

Peluang untuk sembuh secara total daripada kanser adalah berbeza diantara individu, ada yang cepat, ada yang lambat dan ada juga yang tidak sembuh, ini semua bergantung kepada tahap metabolisma tubuh, tahap kepekatan darah, tahap kekuatan semangat, selalu positif, ada rasa ingin sembuh daripada penyakit ini dan percaya boleh sembuh, selalu bersenam (senaman yang mengeluarkan peluh) dan sokongan daripada ahli keluarga sangat banyak membantu dalam proses penyembuhan disamping penggunaan ubat yang boleh mencegah pembentukan kanser bermula daripada peringkat awal sehingga pada peringkat yang seterusnya. Adalah perlu diketahui bahawa setiap pesakit kanser sedang berhadapan dengan penyakit yang mempunyai daya ketahan yang tinggi terhadap ubat-ubatan, terutamanya ubat yang berasaskan kimia, ianya tidak begitu mudah untuk diubati dan memerlukan tahap kesabaran serta spiritual yang tinggi untuk bebas sepenuhnya daripada penyakit yang boleh membawa maut ini.
 
Berkat Herba Nusantara @ penawarkanser (Malaysia) - 2017
Back to content | Back to main menu