Kanser Pada Kanak-Kanak - Kanser tidak lagi membunuh - Keladi Tikus Penawar Kanser (Typhonium Flagelliforme, Rodent Tuber, Tuban xia, Laoshu yu)

Go to content

Main menu:

Kanser Pada Kanak-Kanak

Maklumat Kanser
Punca
Kanser tidak hanya menyerang mereka yang berusia, namun ianya juga boleh menyerang kanak-kanak pada usia seawal beberapa bulan, antara punca utama pembentukkan kanser pada kanak-kanak adalah makanan dan genetik. Mengikut kajian yang telah dibuat, kanser di kalangan kanak-kanak yang terjadi disebabkan oleh faktor genetik dipanggil Mutasi dalam DNA, keadaan ini dikenali dengan panggilan trans-lokasi dan biasanya terjadi pada awal proses pembentukkan janin, dalam hal ini DNA dari satu kromosom terpisah dan kembali bercantum namun pada kromosom yang berbeza, mutasi DNA ini biasanya dikenali sebagai mutasi perolehan dan ia biasanya menonjol dalam sel kanser. Pengambilan makanan seperti snek, gula-gula, minuman sintetik berperisa, minuman coklat, daging proses (burger atau sosej) air bergas serta makanan yang tinggi kandungan pengawet pula boleh menyebabkan DNA yang bermutasi ini menjadi lebih aktif dan membentuk kanser, ditambah dengan iklan yang selalu muncul di kaca televisyen menjadikan pengambilan makanan yang merbahaya ini kelihatan biasa dan normal. Adalah perlu diketahui bahawa selain genetik dan pemakanan yang tidak sihat, pendedahan terhadap asap rokok juga turut menjadi punca utama kepada permasalahan kanser pada kanak-kanak.

Kanser paling kerap menyerang kanak-kanak dibawah umur 14 tahun adalah leukemia, kanser otak serta limfoma. Mengikut artikel dari Skynews (United Kingdom) tabiat memberi makanan manis dan pendedahan kepada asap rokok oleh datuk atau nenek boleh meningkatkan risiko terjadinya kanser pada kanak-kanak - rujukan


Dengan menjaga persekitaran serta pemakanan, risiko serangan kanser di kalangan kanak-kanak dapat dikurangkan.

Antara kanser yang biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 14 tahun adalah:

  • Leukemia (paling tinggi terjadi)
  • Kanser otak
  • Kanser tulang belakang
  • Sarcoma
  • Kanser buah pinggang
  • Neuroblastoma
  • Tumor Wilms
  • Limphoma (Hodgkin dan bukan hodgkin)
  • Rhabdomyosarcoma
  • Retinoblastoma
  • Kanser tulang (termasuk Osteosarcoma dan Ewing sarcoma)

Manakala kanser yang biasanya menyerang mereka yang berumur 15 hingga 19 tahun adalah:

  • Limfoma
  • Kanser otak
  • Kanser sistem saraf
  • Leukemia
  • Kanser ovari
  • Kanser buah zakar
  • Kanser tiroid
  • Melanoma

Halang pembentukkan
Kita tidak mampu untuk menghalang penyakit daripada terjadi, semua yang terjadi adalah ujian dan ketetapan, namun kita masih punya ikhtiar bagi meminimakan risiko terjadinya penyakit tersebut dengan cara mengamalkan gaya hidup yang sihat, pastikan anak di bawah jagaan kita bebas daripada persekitaran yang tidak sihat seperti asap rokok dan sebagainya, kawalan terhadap makanan yang diambil oleh anak juga adalah perlu, bukan sahaja di rumah malah di luar rumah seperti di sekolah dan sebagainya, bekalkan makanan yang dimasak dari rumah adalah salah satu cara kita mengawal pemakanan anak.

Tubuh kanak-kanak bukanlah seperti tubuh orang dewasa yang mempunyai tahap antibodi yang tinggi, mereka masih lemah dan rapuh, oleh itu adalah amat penting untutk ibubapa menjaga pemakanan mereka bermula semasa di dalam kandungan sehinggalah usia anak mencecah 2 tahun, berhenti memberi anak makanan segera serta hadkan gula dan garam di dalam diet mereka dapat membantu mereka membesar dengan lebih sihat, tukar minat anak daripada makanan segera atau gula-gula kepada buah-buahan (pastikan bebas racun) serta banyakkan sayuran di dalam diet mereka dapat mengurangkan risiko daripada terkena serangan penyakit kronik.
 
Berkat Herba Nusantara @ penawarkanser (Malaysia) - 2018
Back to content | Back to main menu