Keladi Tikus Rawat Kanser - Kanser tidak lagi membunuh - Keladi Tikus Penawar Kanser (Typhonium Flagelliforme, Rodent Tuber, Tuban xia, Laoshu yu)

Go to content

Main menu:

Keladi Tikus Rawat Kanser

Info Keladi Tikus
Herba Keladi tikus turut dikenali kalangan pengamal perubatan tradisional, khususnya di rantau asia tenggara seperti Malaysia serta Indonesia dengan nama Keladi cheng, talas kunting dan beberapa nama lain lagi. Kandungan toksin yang ada padanya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit, termasuk kanser, telah menarik minat beberapa buah universiti, termasuk Universiti Sains Malaysia (USM) serta Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk membuat penelitian yang lebih mendalam terhadap herba ini. Mengikut beberapa kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia menunjukkan, terdapat tindakbalas dari sudut pertumbuhan sel kanser apabila disatukan dengan ekstrak daripada keladi tikus, hal ini terjadi berikutan daripada tindak balas komponen yang dikenali dengan nama Ribosome inactivating protein, yang mempunyai keberkesanan menyekat perkembangan sel kanser dari terus merebak. Ribosome inactivating protein apabila bergabung dengan Monoclonal antibodies yang terbentuk secara semulajadi dalam tubuh akan menghasilkan sejenis toksin yang dikenali dengan nama Immunotoxins, sejenis toksin yang bersifat membunuh sel dan ianya digunakan untuk rawatan kanser serta beberapa jangkitan viral yang lain (rujukan).

Menerusi satu penyelidikan yang diketuai oleh pasukan UPM-MAKNA Cancer Research Laboratory, Universiti Putra Malaysia terhadap herba Keladi tikus (Typhonium Flagelliforme) menunjukkan, terdapat gangguan pada pertumbuhan kanser jenis malignant (berjangkit) selepas disatukan dengan ekstrak Keladi tikus. Penyelidikan ini menggunakan kaedah Lymphoblastoid seperti yang dipaparkan pada rajah 1.


Rajah 1: Petikan daripada Academic Journal Inc. (pautan)

Penggunaan herba keladi tikus mempunyai sejarahnya yang tersendiri, ianya tidak begitu dikenali sehingga ianya diperkenalkan oleh profesor daripada Universiti Putra Malaysia, Prof K.H Teo yang membantu seorang pesakit kanser membiakkan tumbuhan herba ini untuk merawat kanser yang beliau hadapi. Pokok Keladi tikus yang tumbuh di Malaysia ini biasanya tumbuh subur pada kawasan lembab seperti di pinggiran kawasan laluan sungai dan biasanya ditemui pada ketinggian 1000 kaki pada aras laut, walau bagaimanapun, ianya juga boleh dijumpai pada kawasan yang mempunyai kadar pencahayaan yang kurang seperti dibawah pokok besar berbanding kawasan yang lapang dan terang.

Sistem imun yang sihat merupakan pelindung utama dari penyakit kanser. Sistem imun mempunyai sel dinamakan "Sel NK (Natural Killer - Pembunuh Semulajadi)", yang bertanggungjawab untuk memerangi sel kanser. Setiap saat dalam hidup kita, sel NK bekerja keras untuk membunuh sel kanser. Apabila sel NK gagal melaksana tugasnya, maka tubuh kita dengan mudahnya akan mendapat penyakit kanser. Perubahan diet boleh membantu anda memelihara kesihatan sistem imun dan seterusnya mencegah kanser. Diet yang terdiri dari 80% sayuran, buah-buahan dan jus segar, bijirin dan kacang dapat membantu tubuh berada dalam persekitaran alkali dimana ianya merupakan persekitaran yang tidak baik untuk pertumbuhan sel kanser. Keladi tikus (Typhonium flagelliforme) dapat membantu tubuh dalam membekalkan beberapa komponen aktif bagi tubuh bertindak secara semulajadi bagi memerangi sel asing yang wujud di dalam tubuh. Perkembangan sel yang tidak diperlukan seperti sel kanser dapat dicegah dengan tindakan awal seperti penggunaan herba keladi tikus yang mempunyai sebatian Ribonsome Inactivating Protien secara semulajadi dapat memberikan tenaga tambahan kepada tubuh dan seterusnya memperkukuhkan sel NK, ini dapat dilihat dengan kesan kemasukkan enzim keladi tikus ke dalam darah pesakit yang mempunyai masalah kanser dengan cara penggunaan selama sekurang-kurangnya enam bulan berturut-turut dan tindakan ini perlulah disusuli dengan pemerhatian (medical checkup) oleh pakar yang mempunyai pengalaman didalam mengukur kadar reaktif sesebuah sel kanser.


Bahagian ubi herba Keladi tikus yang telah mencapai tahap matang.

Cara herba Keladi tikus bertindak didalam tubuh manusia adalah berbeza dengan kaedah rawatan konvensional yang lain. Ianya menyerang sel kanser menerusi apa yang dimakan oleh sel tersebut yang seterusnya akan menyebabkan pengecutan dari dalam pusat sel, ini akan menyebabkan semakin lama, sel itu akan mengecut dengan sendiri kerana kekurangan zat yang sepatutnya menjadi makanan kepada sel tersebut. Di dalam hal ini, pengguna perlulah memahami setiap makanan yang dimakan olehnya akan menjadi makanan bagi sel kanser, ini harus diperhatikan dengan mengikuti beberapa garis pemakanan seperti:

  • Penggunaan gula putih biasa adalah sangat tidak digalakkan, ganti dengan madu lebah asli.
  • Daging merah (lembu, kambing) tidak disyorkan.
  • Susu asli (yang terkandung pigmen darah merah) tidak digalakkan, sila hadkan pengambilan.
  • Merokok dan Alkohol, ini sama sekali perlu dijauhi.

Disamping itu, pesakit juga perlu menjalani sebuah kehidupan yang sihat seperti selalu bersenam dan tidak terlalu memikirkan masalah yang dihadapi, sebaliknya memikirkan bagaikan untuk merawat penyakit yang ada disertakan dengan azam dan keyakinan yang kuat bahawa penyakit yang ada itu ada penawarnya, cuma ikhtiar yang lebih sedikit diperlukan kerana pada hakikatnya, kanser bukanlah satu penyakit yang sama taraf dengan sakit gigi atau demam biasa, ianya memerlukan komitmen yang tinggi untuk sembuh sepenuhnya.
 
Berkat Herba Nusantara @ penawarkanser (Malaysia) - 2017
Back to content | Back to main menu