Pencegahan Kanser - Kanser tidak lagi membunuh - Keladi Tikus Penawar Kanser (Typhonium Flagelliforme, Rodent Tuber, Tuban xia, Laoshu yu)

Go to content

Main menu:

Pencegahan Kanser

Maklumat Kanser
Kanser bukanlah sejenis penyakit yang dapat dijangka kehadirannya, kanser boleh menyerang sesiapa sahaja pada seluruh peringkat umur, namun risiko terkenanya serangan kanser boleh dikurangkan. Terdapat kajian menunjukkan risiko individu didalam membina kanser dapat dikurangkan dengan amalan seperti:

  • Tidak menggunakan tembakau, samada melalui hisapan air tembakau atau merokok.
  • Kerap melakukan aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh.
  • Mengambil makanan berkhasiat secara sederhana (tidak berlebihan).
  • Menyertai saringan kanser secara berkala.
  • Mengamalkan herba yang mencegah kanser.
  • Mengambil vaksin HPV.

Pada tahun 2015, seramai 1,658,370 individu telah disahkan mengidap kanser, dari jumlah tersebut sebanyak 589, 430 individu telah meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang dialami dan sejumlah 154,040 dari kes tersebut merupakan perokok.

Bolehkah kanser dicegah?
Di dalam sesetengah kes, kanser boleh dicegah bergantung pada gaya hidup serta pemakanan, namun ianya bukanlah jaminan bahawa sesiapa yang tidak merokok sebagai contoh tidak akan terkena serangan kanser, kerana kanser boleh terjadi melalui pelbagai sebab dan bukan disebabkan oleh tembakau semata-mata. Sehingga hari ini belum ada maklumat yang kukuh tentang cara mengelak daripada serangan kanser, namun pada kes kanser serviks, ianya mungkin sedikit berbeza. Kebanyakkan daripada punca kanser serviks adalah daripada virus jenis HPV (Human papilloma virus) yang lazimnya menyerang mereka yang biasa melakukan seks bebas dengan pasangan yang berbeza-beza, oleh itu selain pengambilan vaksin HPV, penggunaan herba yang boleh merawat kanser merupakan salah satu dari cara yang mampu menghalang pembentukkan kanser di dalam tubuh seseorang yang mempunyai potensi terkena jangkitan HPV.

Gaya hidup yang menghalang kanser
Bagi mereka yang tidak merokok, kegemukkan merupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian. Berat badan, pemakanan serta aktiviti fizikal adalah sesuatu yang saling berkait rapat dengan faktor terjadinya kanser. Satu daripada tiga kes kematian akibat kanser adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang berlemak dan tidak sihat selain kurangnya aktiviti fizikal, hal ini juga turut menyumbang kepada masalah obesiti yang berlebihan. Terdapat beberapa cadangan diet serta senaman yang disarankan untuk mengurangkan risiko serangan kanser, antaranya adalah:

  • Senaman:

  1. Dewasa - lakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 150 minit atau 75 minit senaman berat setiap hari.
  2. Kanak-kanak dan remaja - lakukan sekurang-kurangnya 1 jam senaman ringan atau berat setiap hari disamping 2 jam 30 minit aktiviti aerobik ringan setiap minggu.

  • Kurangkan amalan yang tidak aktif seperti menonton televisyen atau bermain permainan video atau gadjet.

  • Makan makanan yang berkhasiat, hadkan pengambilkan snek atau makanan segera, lebihkan makanan yang berasaskan sayuran atau buah-buahan.

  • Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti:

  1. Mammogram - Wanita terutamanya yang berumur 40 tahun dan keatas disarankan membuat pemeriksaan mammogram setiap tahun sehinggalah mereka berumur 70 tahun bagi mengesan sebarang ketumbuhan pada peringkat awal.
  2. Kolonskopi - Bermula dari umur 50, setiap daripada kita berisiko membina kanser kolon, pemeriksaan adalah perlu bagi mengesan sebarang ketumbuhan pada peringkat awal.

  • Amalan pengambilan herba yang tinggi kandungan anti kanser seperti Keladi tikus dapat mengurangkan risiko serangan kanser disamping menghalang pertumbuhannya pada peringkat awal (fakta).


Mengamalkan gaya hidup yang aktif dapat mengurangkan risiko serangan penyakit kronik.

Tips tambahan
  • Setiap individu perlu membuat ujian kesihatan jika terdapat tahi lalat baru yang besar yang mengandungi lebih dari 2 warna pada kulit mereka.
  • Perbincangan terbuka adalah perlu diantara doktor dan ahli keluarga bagi mereka yang telah disahkan mengidap kanser, ini untuk memastikan setiap ahli keluarga pesakit dapat mengambil langkah sebaiknya bagi memastikan kesihatan pesakit, makanan serta emosi dapat dijaga sebaiknya.
  • Bagi mereka yang telah disahkan mengidap kanser, tindakan menyesali, meratapi serta bersedih dengan apa yang telah terjadi tidak membantu proses penyembuhan selain boleh menyebabkan kanser yang ada menjadi semakin merebak, anda disarankan menjaga pemakanan kerana ianya merupakan tindakan awal oleh diri sendiri sebelum mendapatkan rawatan. Senarai makanan yang perlu dijaga boleh rujuk disini.
 
Berkat Herba Nusantara @ penawarkanser (Malaysia) - 2018
Back to content | Back to main menu