Penjagaan Pesakit Kanser - Kanser tidak lagi membunuh - Keladi Tikus Penawar Kanser (Typhonium Flagelliforme, Rodent Tuber, Tuban xia, Laoshu yu)

Go to content

Main menu:

Penjagaan Pesakit Kanser

Maklumat Kanser
Kanser merupakan sejenis penyakit yang bukan sahaja memerlukan semangat yang kental bagi mereka yang pengidapnya, malah ianya juga menuntut perhatian yang tinggi dari ahli keluarga pesakit. Pesakit kanser perlu dipantau dengan rapi terutamanya mereka yang telah disahkan mempunyai kanser tahap 3 dan 4 namun, pesakit perlu juga diberi ruang untuk melakukan aktiviti sendirian supaya sifat berdikari tidak hilang dalam diri. Menjadi pesakit dan penjaga pesakit kanser bukanlah suatu tugasan yang mudah, ianya menuntut pengorbanan yang tinggi sepanjang tempoh rawatan. Pesakit kanser biasanya amat rapuh dari sudut emosi sehingga mereka merasakan diri mereka sudah tidak diperlukan lagi oleh orang sekeliling atau ahli keluarga, oleh itu terdapat beberapa cara yang boleh dipraktikkan untuk menjaga kedua belah pihak sehingga pesakit bebas sepenuhnya daripada kanser yang dialami, antaranya adalah:


Bahagian pesakit:

  • Jangan terlalu risau.
Sikap terlampau memikirkan tentang penyakit yang dialami sehingga memudaratkan diri sebenarnya tidak memberi sebarang manfaat pada proses penyembuhan. Keadaan ini akan mewujudkan suasana yang tegang pada badan yang akan menyebabkan kanser yang ada merebak dengan lebih cepat. Kanser tidak perlu difikirkan namun tidak boleh diabaikan kewujudannya, yang penting kita perlu mencari jalan bagi merawatnya. Menyesali dan meratapi sehingga urusan seharian terbantut bukan cara untuk melawan kanser yang ada, bersikap positif berserta kekuatan dalaman yang kuat dibantu dengan ubat atau herba yang boleh merawat kanser adalah cara yang terbaik jika ingin sembuh sepenuhnya.

  • Jangan takut untuk meminta pertolongan.
Tidak ada manusia yang mampu untuk hidup sendirian tanpa meminta pertolongan orang lain, semua manusia perlu kepada pertolongan bagi menyempurnakan sesuatu, majikan perlu kepada pertolongan pekerja bagi menyiapkan urusan kerja, manusia perlu kepada pertolongan mesin bagi membantu urusan kerja. Dalam hal ini tidak ada istilah menyusahkan namun pertolongan yang diminta itu biarlah berpadanan dan tidak membebankan.

  • Cipta hobi.
Hidup ini sangat membosankan jika kita hanya melakukan satu perkara sahaja, tambahan pula jika anda mengidap kanser, keadaan menyendiri boleh menyebabkan anda memikirkan tentang penyakit yang dihidapi dan sudah tentu ianya bukan perkara yang positif. Carilah hobi, samada berbasikal, menanam bonzai atau memelihara ikan koi jepun. Hobi juga boleh dijadikan terapi dan dapat mengalihkan pemikiran pesakit daripada terus memikirkan tentang kanser yang dihidapi. Hobi boleh bermula daripada mengumpul stem, mengumpul tali jam, melukis, membeli belah, membina rumah atau kapal menggunakan batang mancis, memelihara haiwan, membaiki barang yang rosak, mengumpul barangan terpakai, mengumpul permata cincin atau apa sahaja, hobi tidak terbatas namun bergantung kepada minat masing-masing.


Terdapat bermacam jenis perkara yang boleh dijadikan hobi, bergantung pada minat individu.

  • Jangan menyendiri terlalu lama.
Bersendirian kadang kala adalah bagus kerana ianya boleh membuatkan kita berfikir tentang kesilapan dan menyesali setiap dosa yang telah kita lakukan, namun bersendirian dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan pemikiran kita terpesong kepada kekurangan fizikal, termasuklah mempunyai penyakit yang agak sukar untuk disembuhkan. Sikap memikirkan kekurangan yang ada tidak membantu tubuh untuk berada pada kondisi yang diperlukan bagi merawat penyakit malah ianya boleh menyebabkan tubuh menjadi semakin lemah dan lebih berasid, keadaan ini lebih memudahkan kanser yang ada merebak ke organ lain dengan lebih mudah. Sibukkan diri dengan aktiviti atau cari kawan yang sama minat @ hobi atau berkebun adalah cara terbaik untuk keluar daripada kesunyian.

  • Jaga pemakanan (pantang).
Pemakanan merupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian khusus tanpa sebarang langkauan, kerana ia menyumbang kepada 80 peratus kes terjadinya kanser pada individu. Makanan merbahaya yang tinggi kandungan gula kerap diiklankan di kaca tv, maka tidak hairanlah jika terdapat kes kanser yang tinggi di kalangan kanak-kanak, hal ini berpunca daripada pemakanan tidak sihat yang tidak dikawal, oleh sebab itu pesakit perlulah menjaga pemakanan jika ingin cepat sembuh, makanan seperti gula, air bergas, daging proses seperti daging burger dan hotdog, makanan laut, jus dalam botol serta makanan dalam tin yang tinggi kandungan pengawet dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang banyak sebolehnya dielakkan, ini untuk menjaga kesihatan agar penyakit yang ada dapat dirawat dengan cepat. Senarai pemakanan pantang bagi pesakit kanser boleh dirujuk disini.

  • Hindari dari memikirkan hal negatif.
Kebanyakkan daripada pesakit biasanya secara automatik akan berubah menjadi seorang yang negatif dan pendiam, amat jarang mereka berada di dalam posisi positif, dan kebanyakkan daripada mereka yang negatif ini biasanya akan kalah didalam proses melawan kanser, sikap negatif ini juga akan menyebabkan pesakit itu sendiri kerugian dari segi sokongan moral kerana sikap negatif mereka boleh menjauhkan mereka dari orang di sekeliling. Berada di dalam keadaan seperti sebelum sakit (normal) sangat memberi kelebihan kepada pesakit, terdapat satu kes pesakit yang telah mencapai tahap 4 kelihatan seperti tidak mengalami apa-apa penyakit disebabkan oleh sikap positifnya dan beliau telah disahkan bebas daripada kanser selepas 6 tahun bertarung dengan penyakit tersebut. Kuncinya selain daripada rawatan yang diterima, sikap positif juga memainkan peranan penting bagi meletakkan tubuh dalam keadaan yang bersedia bagi proses penyembuhan (recovery).

  • Perbanyakkan minum air masak
Tubuh yang berada di dalam kondisi berasid boleh menyebabkan kehadiran banyak penyakit termasuk kanser, salah satu daripada puncanya adalah kurang meminum air kosong (plain water). Mengikut kajian, orang dewasa disarankan meminum 2 liter air sehari, ini dapat mengembalikan bendalir yang hilang dari tubuh disebabkan oleh aktiviti perkumuhan, pernafasan, pengewapan dan lain-lain. Selain daripada membekalkan air kepada tubuh, amalan meminum air dengan jumlah 2 liter sehari dapat mengurangkan kadar keasidan badan, selain daripada itu ianya juga bagus untuk pencernaan, mengurangkan risiko serangan batu karang, mengatasi kulit kering serta masalah jerawat. Meminum air juga boleh menyegarkan badan, selain menambah tenaga, pengambilan air masak mampu meletakkan mood di tahap yang baik dan ini adalah sangat sesuai bagi pesakit kanser bagi mengurangkan tekanan semasa tempoh rawatan.


Bahagian penjaga:

  • Perbanyakkan bersabar.
Tidak dapat dinafikan, menguruskan pesakit kanser memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, mereka bukan sahaja berubah menjadi kanak-kanak malah kadang kala sikap mereka yang terlalu memikirkan penyakit yang dihidapi membuatkan kita yang menguruskan mereka menjadi tertekan. Pengurusan emosi adalah penting bagi mewujudkan suasana yang tidak tegang dan terkawal, tambahan pula jika pesakit adalah dari kalangan ahli keluarga maka sudah tentu kita sebagai penjaga mahukan yang terbaik buat mereka, dalam hal ini sikap bertolak ansur semasa menyantuni keperluan pesakit adalah sesuatu yang diperlukan bertujuan untuk menyatakan secara tidak langsung bahawa pesakit mempunyai waris atau ahli keluarga yang masih dekat dengan mereka, ini akan meningkatkan semangat mereka untuk melawan kanser yang ada.

  • Jadi pendengar yang setia.
Kebanyakkan daripada pesakit kanser biasanya akan meluahkan perasaan mereka dengan berterusan, kadang kala dengan penuh emosi, dalam hal ini mereka memerlukan pendengar yang boleh mendengar permasalahan yang mereka hadapi, biasanya mereka akan bertanya sejauh mana mereka boleh sembuh atau adakah mereka boleh sembuh, oleh itu pada hal ini kematangan di dalam menjawab soalan tersebut amatlah diperlukan, teknik menjawab soalan pesakit kanser dengan baik merupakan salah satu kaedah terapi buat mereka, bagaimana kita tertarik pada seseorang disebabkan oleh kepandaian menutur kata, demikian jugalah bagi pesakit kanser.


Pendengar yang baik mampu mewujudkan suasana yang positif.

  • Bermulut manis.
Selain daripada menjadi pendengar yang bagus, penjaga pesakit kanser juga perlu melatih diri untuk menjadi mereka yang bermulut manis, ini kerana, jawapan yang salah dari penjaga boleh menyinggung perasaan pesakit walaupun ianya adalah hal yang kecil. Menjadi mereka yang bermulut manis ini bukanlah sesuatu yang mudah tetapi jika selalu melatih diri berkomunikasi dengan perkataan yang manis dan sedap di dengar, penjaga bukan sahaja dapat menjaga pesakit kanser dari sudut emosi dengan lebih baik malah kemahiran yang ada boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian.

  • Ketahui jenis kanser yang dihidapi pesakit.
Hal ini adalah penting terutamanya jika pesakit kanser itu adalah ibu atau bapa kita sendiri. Jika sesuatu berlaku semasa di dalam perjalanan, sebagai contoh pesakit pengsan dan dikejarkan ke hospital berdekatan, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai penjaga memaklumkan setiap rekod perubatan serta jenis kanser yang dihidapi kepada pembantu perubatan, hal ini untuk memastikan tiada kesan sampingan daripada kaedah rawatan atau ubat yang bakal dibekalkan kepada pesakit.

  • Ketahui pantang larangan makanan pesakit.
Kanser berkait rapat dengan makanan, oleh itu pemilihan makanan yang sihat bagi pesakit kanser adalah perlu, nutrisi yang tidak seimbang ditambah dengan makanan yang tinggi kandungan gula, garam serta bahan pengawet boleh menyebabkan kanser yang ada sukar untuk sembuh. Pastikan menu makanan yang dipesan semasa makan di luar adalah selamat bagi pesakit kanser, hal ini dapat membantu pesakit menjalani proses rawatan dengan lebih baik tanpa sebarang gangguan berpunca daripada makanan. Di rumah pula pastikan makanan yang dimasak tidak mengandungi gula atau garam yang banyak dan dimasak dengan sempurna, elakkan makanan di dalam tin, budu, cincalok atau belacan, makanan segera dan snek serta makanan laut seperti kerang, sotong, ketam dan udang. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam diet pesakit.
 
Berkat Herba Nusantara @ penawarkanser (Malaysia) - 2018
Back to content | Back to main menu