Punca Kanser - Kanser tidak lagi membunuh - Keladi Tikus Penawar Kanser (Typhonium Flagelliforme, Rodent Tuber, Tuban xia, Laoshu yu)

Go to content

Main menu:

Punca Kanser

Info Kanser
Kanser tidak akan memberi amaran bilakah ianya akan menyerang, ada yang disahkan mengidap kanser semasa berumur seawal 1 tahun dan ada juga yang diserang kanser semasa berumur hampir mencecah 80 tahun. Mereka yang bertarung dengan penyakit ini mempunyai beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya kanser di dalam tubuh, antara dua punca utama yang dikenalpasti adalah gaya hidup dan juga genetik.

Gaya hidup merupakan penyebab pembentukan kanser yang datangnya daripada luar, berbeza dengan genetik dimana badan pesakit itu sendiri telah mempunyai genetik kanser sejak dari asal keturunan lagi. Kanser yang disebabkan oleh punca luaran ini terbahagi kepada beberapa pecahan, antaranya adalah:

  • Pemakanan
Pemakanan dilihat menjadi salah satu daripada punca yang paling utama, hal ini disebabkan oleh kandungan bahan tambahan yang terdapat pada setiap hidangan antara yang menjadi penyumbang pada pembentukkan kanser pada tubuh. Kebanyakkan daripada kita tidak diberi pendedahan tentang bahayanya makanan yang mengandungi bahan pengawet berlebihan, kadar lemak berlebihan, garam dan gula yang tinggi, penstimulasi serta bahan pewarna, walaupun ada diantaranya telah mendapat kelulusan, pengambilan berterusan selama bertahun tahun akan menyebabkan terbinanya kanser pada tubuh. Kanak-kanak antara golongan yang terdedah kepada snek serta makanan yang tinggi kandungan bahan pengawet tanpa disedari makanan yang diambil itu mungkin akan mengundang penyakit yang tidak diingini. Tukar tabiat pemakanan dengan mengambil lebih banyak makanan berzat dan meninggalkan makanan segera merupakan jalan terbaik bagi mengurangkan risiko terkena jangkitan kanser, terutamanya pada golongan kanak-kanak.

  • Tabiat merokok
Mereka yang mempunyai tabiat merokok dan mengambil minuman keras merupakan antara golongan yang berisiko tinggi terdedah kepada serangan kanser, tabiat merokok bukan sahaja membahayakan perokok itu sendiri malah membahayakan nyawa mereka yang berada di sekeliling, terutamanya keluarga. Merokok merupakan salah satu daripada punca terjadinya kanser paru-paru, mereka yang merokok juga akan mempunyai pandangan yang kabur disebabkan asap rokok, oleh itu jalan yang terbaik untuk mengelakkan dari terkena serangan kanser adalah berhenti daripada merokok, ianya bukan sahaja dapat menyelamatkan diri sendiri dan keluarga, malah jumlah simpanan juga dapat ditingkatkan.



Merokok bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah mereka yang berada di sekeliling.

  • Alkohol
Antara yang menjadi punca serangan kanser (termasuk kanser hati) adalah pengambilan alkohol. Mengikut kajian yang dibuat di United Kingdom, tabiat pengambilan alkohol akan menyebabkan terjadinya 7 jenis kanser, antaranya adalah kanser mulut dan lelangit, saluran kerongkong, saluran esofagus, payudara (bagi wanita), hati dan juga kanser usus. Kanser usus, payudara dan juga mulut merupakan kanser yang lazimnya menyerang mereka yang mengambil alkohol dengan jumlah yang banyak secara berterusan. Berhenti meminum alkohol dapat mengurangkan serangan kanser pada tubuh, kesedaran ini adalah perlu terutamanya bagi mereka yang telah mengambil alkohol pada kadar masa yang lama. Lakukan pemeriksaan jika terdapat tanda-tanda seperti kerap hilang daya tumpuan, sukar bernafas, pembengkakan pada sekitar payudara, pedih pada hulu hati serta sukar membuang air besar.

  • Berat badan berlebihan (Obesiti)
Berat badan berlebihan juga merupakan penyebab terjadinya pembentukan kanser di dalam tubuh dan ianya berkait rapat dengan faktor pemakanan. Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan biasanya terdedah kepada kanser kolon (kanser usus) dan ianya merupakan masalah yang meningkat naik di Amerika Syarikat bermula tahun 1990an. Pada tahun 2014, sejumlah 630,000 rakyat Amerika Syarikat telah didiagnos dengan kanser yang dikaitkan dengan masalah berat badan berlebihan. Satu kajian telah dilakukan oleh The International Agency for Research on Cancer telah mengenal pasti 13 jenis kanser disebabkan oleh berat badan berlebihan, antaranya adalah:

  1. Esofagus - Kanser pada tiub makanan yang bermula dari kerongkong sehingga ke perut.
  2. Kolorektal - Kanser usus.
  3. Endometrium - Kanser rahim.
  4. Pundi hempedu
  5. Perut
  6. Buah pinggang
  7. Hati
  8. Ovari
  9. Pankreas
  10. Tiroid
  11. Kanser payudara
  12. Meningioma - Kanser otak.
  13. Myeloma - Kanser tulang.

  • Radiasi
Pendedahan kepada radiasi dalam tempoh masa yang lama turut menyebabkan terjadinya kanser. Sinaran radiasi yang dikenali sebagai sinaran radiasi peng-ion (ionizing radiation) mempunyai tenaga yang mencukupi untuk merosakkan DNA dan menyebabkan kanser. Sinaran radiasi peng-ion ini termasuklah *Gas Radon, X-tray, Sinar gamma dan lain-lain bentuk sinar radiasi bertenaga tinggi. Walau bagaimanapun, radiasi yang tidak ber-ion seperti cahaya lampu yang kelihatan, tenaga dari telefon bimbit serta medan eletromagnet didapati tidak menyebabkan kanser.

*Gas Radon
Merupakan sejenis gas radioaktif yang wujud pada batu dan tanah. Gas Radon terbentuk apabila radium unsur radioaktif rosak. Mereka yang terdedah kepada gas ini pada paras yang tinggi mempunyai risiko kanser paru-paru. Gas radon biasanya wujud pada kawasan pembuangan sisa radioaktif.

Genetik / Keturunan
Genetik merupakan salah satu daripada punca seseorang itu mempunyai penyakit kanser. Mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai penyakit ini dilihat lebih terdedah kepada serangan berbanding mereka yang tidak, walau bagaimanapun, faktor genetik ini tidak semestinya betul, dalam sesetengah kes, terdapat kebarangkalian ahli keluarga berkongsi sesuatu yang boleh meningkatkan risiko kanser seperti merokok beramai-ramai. Kanser mungkin juga wujud diatas faktor lain seperti obesiti.

Kanser juga boleh berlegar di dalam sesebuah keluarga disebabkan oleh genetik yang diwarisi, walaupun dianggap sebagai kanser yang diwarisi namun, yang diwarisi sebenarnya adalah genetik yang tidak normal yang boleh menyebabkan kanser dan bukanlah penyakit kanser itu sendiri. Hanya 5% ke 10% daripada kanser yang terjadi pada individu berpunca daripada ibu bapanya, selebihnya lagi adalah berpunca daripada persekitaran dan faktor luaran. Oleh yang demikian, bagi mereka yang mempunyai pertalian dengan mereka yang pernah mengidap penyakit kanser disarankan agar menjalani pemeriksaan berkala bagi meminimakan serangan kanser disamping menjaga pemakanan agar seimbang. Pengambilan ubat ubatan serta herba juga digalakkan kerana golongan ini sudah terdedah dengan kanser, sedikit kecuaian boleh membawa kepada terjadinya kanser di dalam tubuh.
 
Berkat Herba Nusantara @ penawarkanser (Malaysia) - 2018
Back to content | Back to main menu