Rawatan Kanser - Kanser tidak lagi membunuh - Keladi Tikus Penawar Kanser (Typhonium Flagelliforme, Rodent Tuber, Tuban xia, Laoshu yu)

Go to content

Main menu:

Rawatan Kanser

Maklumat Kanser
Kanser adalah penyakit yang sukar diubati, namun masih boleh dirawat atau sekurang-kurangnya proses pertumbuhan tumor dapat diperlahankan menggunakan beberapa jenis ubat. Pendekatan yang digunakan pula mungkin berbeza-beza mengikut tahap (stage) dan juga pengajian seseorang doktor yang merawat, ada yang sembuh dan ada juga yang meninggal dunia semasa dalam proses rawatan, semua ini bergantung kepada keserasian rawatan yang diberikan. Kanser mungkin akan hilang sementara jika rawatan dibuat semasa ianya berada pada tahap 1 atau 2, dan peluang untuknya hilang semakin menipis jika ianya sudah mencapai tahap 3 atau 4. Kanser adalah sejenis penyakit yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana ianya memakan masa untuk sembuh, maka tidak hairanlah jika kita mendengar ada pesakit kanser yang menderita kanser hampir 7 tahun disebabkan proses rawatan yang diberikan masih belum membuahkan hasil walaupun telah menjalani beberapa siri pusingan rawatan. Kanser biasanya akan menyerang kembali selepas 5 tahun, dan ianya akan menyerang dengan lebih ganas lagi jika pesakit tidak menjaga pemakanan.

Kaedah-kaedah rawatan
Terdapat beberapa jenis kaedah yang digunakan bagi merawat kanser, namun yang biasanya digunakan adalah:

  • Herba
Rawatan berasaskan herba merupakan salah satu daripada kaedah yang telah banyak membantu pesakit bagi merawat permasalahan yang ada, ianya telah wujud dan digunakan sejak berzaman lamanya. Selain tidak mempunyai kesan sampingan yang ketara, penggunaan herba serperti Keladi tikus juga boleh diambil bersama dengan ubat moden yang lain bagi meningkatkan lagi peluang penyembuhan namun, pengambilan herba yang berlebihan tidak semestinya akan menjadikan penyakit yang ada sembuh dengan lebih cepat, sebagai contoh, penggunaan herba keladi tikus pada kadar maksimum 8 biji sehari (4 biji pagi 4 biji petang) secara berterusan selama 3 tahun adalah lebih berkesan berbanding dengan pengambilan sebanyak 200 biji sehari selama 1 minggu. Dos yang sesuai di samping penggunaan yang berterusan memainkan peranan penting bagi mendapatkan penyembuhan secara total.

  • Jaga pemakanan (berpantang)
Walaupun ianya bukanlah salah satu daripada kaedah rawatan rasmi, namun pemakanan yang dikawal mampu mengurangi keaktifan sel kanser, hal ini telah terbukti berkesan pada beberapa orang pesakit yang menjaga pemakanan (berpantang) disamping menggunakan herba dengan dos yang dicadangkan. Antara beberapa jenis makanan yang jelas perlu dielakkan adalah:

  1. Gula: pesakit kanser perlu mengelakkan pengambilan sebarang jenis gula, terutamanya gula putih kerana ianya menjadi penyebab utama sel kanser terbentuk dan aktif.
  2. Susu pekat manis: jika anda penggemar minuman yang mengandungi susu pekat manis, tibalah masanya untuk berpisah mati dengannya, ini kerana kandungan gula yang terdapat pada minuman jenis ini adalah sangat tinggi, selain boleh mengaktifkan ketumbuhan, amalan meminum minuman yang mengandungi susu pekat manis juga boleh menyebabkan kehadiran penyakit lain seperti kencing manis dan gout. Bertukar kepada susu segar / susu penuh krim yang direbus bersama dengan kopi tanpa gula adalah disarankan.
  3. Makanan yang diawet: pengambilan makanan yang diawet seperti sardin, buah nenas atau laici dalam tin atau sebarang bentuk makanan segera dapat menyebabkan kanser yang ada menjadi lebih aktif, selain kandungan gula yang tinggi, bahan pengawet yang terdapat pada makanan tersebut mampu menjadikan sel kanser yang ada semakin aktif, beralih kepada makanan yang segar adalah jalan penyelesaiannya.
  4. Minuman 3 - 1: minuman ini sangat popular di kalangan masyarakat hari ini, selain mudah disediakan, bau dan rasanya yang lembut mampu memikat hati sesiapa sahaja, namun awas, kandungan gula serta krimer bukan tenusu yang terdapat padanya mampu mengaktifkan sel kanser jika diamalkan selalu.
  5. Daging merah: sebarang jenis bentuk daging - lembu, kambing, kerbau, babi adalah tidak sesuai untuk dijadikan makanan harian pada pesakit kanser, dan jika ingin dijadikan hidangan, hanya bahagian yang rendah kandungan myoglobin adalah disarankan (Myoglobin adalah kombinasi protin dan air yang membawa oksigen ke bahagian daging, semakin tinggi kandungan myoglobin pada daging, semakin gelap warna daging tersebut).
  6. Minuman berkarbonat: kandungan gula yang terdapat pada minuman berkarbonat adalah tinggi, ianya bagi menutup rasa pahit gas yang ditambah pada minuman tersebut sekaligus menjadikan ianya lazat untuk dinikmati. Mereka yang ingin menjaga kesihatan adalah disarankan agar tidak mengamalkan minuman jenis ini, terdapat kes dimana seorang kanak-kanak telah disahkan mengidap kencing manis akibat menjadikan minuman berkarbonat sebagai minuman harian.
  7. Minuman tenaga: selalu diiklankan pada televisyen, minuman tenaga dengan campuran beberapa jenis bahan dapat memberikan tenaga - namun minuman tersebut hanyalah sekadar campuran air, gula yang banyak dan perasa, minuman jenis ini walaupun tanpa gas (karbonat) adalah perlu dijauhi sama sekali, amalan mengambil minuman jenis ini dapat menyebabkan penyakit yang ada tidak akan sembuh, bahkan semakin teruk.
  8. Makanan laut: selain mengandungi kandungan purin yang  tinggi, makanan laut juga terdedah kepada risiko pencemaran kimia di lautan disebabkan oleh aktiviti perkapalan serta tumpahan minyak. Makanan laut juga mengandungi methylmercury, sejenis logam berat yang biasanya ditemui pada letusan lava gunung berapi di bawah laut serta retakan batu yang mengandungi merkuri secara semulajadi. Pengambilan makanan laut bagi pesakit kanser boleh mendatangkan bahaya terutamanya pada kanser tulang di kalangan wanita. Berhenti mengambil sebarang makanan laut adalah amat disarankan bagi mengelakkan kanser yang ada menjadi lebih aktif.

  • Pembedahan
Pembedahan biasanya akan dibuat selepas pakar onkologi telah membuat analisa berkaitan dengan penyakit kanser yang dihadapi. Pembedahan ini biasanya akan dibuat dengan mengambil kira faktor umur serta risiko yang akan ditanggung oleh pesakit. Pakar biasanya tidak akan meneruskan pembedahan jika pesakit berumur 65 tahun dan ke atas atau risiko yang akan ditanggung oleh pesakit selepas pembedahan terlalu tinggi, sebagai alternatif kimoterapi akan diberikan sebagai rawatan susulan.

  • Kimoterapi
Kimoterapi merupakan salah satu kaedah rawatan yang digunakan bagi merawat kanser. Ianya akan diberikan kepada pesakit samada melalui suntikan ataupun secara oral. Kimoterapi mempunyai kesan sampingan seperti keguguran gigi dan rambut, kehilangan selera makan, penurunan berat badan, muntah dan juga masalah buah pinggang. Terdapat agen kimoterapi (Alkylating) yang akan menyebabkan terjadinya serangan kanser kali kedua, biasanya ketumbuhan malignant (jenis kanser) dan leukemia - rujukan.


Kimoterapi mempunyai kandungan toksik yang tinggi, perlindungan seperti sarung tangan adalah perlu bagi mengendalikannya.

  • Terapi Radiasi (Radioterapi)
Penggunaan radiasi tenaga tinggi dari sinar x, sinar gamma, sinar neutron atau proton dan sinar dari sumber yang lain bertujuan untuk mengecutkan tumor dan membunuh sel kanser. Sinaran ini dihasilkan daripada mesin atau bahan radioaktif yang diletakkan di luar badan berhampiran dengan kawasan tubuh dimana terjadinya kanser, kaedah ini dikenali dengan nama Brachytherapy. Kaedah radioterapi ini mempunyai kesan sampingan yang minima.

  • Terapi Sasaran
Terapi sasaran adalah sejenis kaedah rawatan yang menggunakan ubat ubatan atau bahan lain bagi mengenal pasti jenis kanser seterusnya menyerang sel tersebut tanpa mengganggu sel sel lain. Kaedah ini menyekat enzim, protein atau molekul yang tertentu yang terlibat didalam pertumbuhan sel kanser. Terdapat juga terapi sasaran bertoksik yang disuntik terus kepada sel kanser dengan tujuan merencatkan perkembangan mereka. Terapi sasaran ini mempunyai kesan sampingan yang kurang berbanding kaedah rawatan biasa, namun ianya masih berisiko jika sasaran tersebut dibuat pada kawasan yang sensitif seperti pada bahagian otak atau jantung.

  • Immunotherapy
Sejenis kaedah rawatan yang menggunakan sistem imunisasi tubuh bagi melawan kanser dengan menaikkan tahap imun tubuh menggunakan kaedah terapi biologi. Immunotherapy (juga dikenali sebagai bioterapi) sering menggunakan bahan-bahan yang dinamakan sebagai pengubah tindak balas biologi (Biological Response Modifiers - BRM). Tubuh biasanya menghasilkan tahap BRM yang rendah sebagai tindak balas kepada jangkitan dan penyakit, dalam hal ini bahan yang merangsang BRM akan disuntik ke dalam tubuh bagi menaikkan tahap BRM. Kebanyakkan BRM tiruan ini dibuat di makmal, ianya bertujuan untuk merawat kanser, rheumatoid arthritis, dan beberapa jenis penyakit lain. Kesan sampingan terapi biologi ini bergantung kepada jenis rawatan. Selalunya, rawatan ini akan menyebabkan simptom-simptom seperti selesema, demam, sakit otot, letih, selera makan, mual, muntah dan cirit-birit. Sesetengah pesakit mungkin akan mengalami ruam, dan ada yang akan mengalami pendarahan atau lebam dengan mudah. pesakit mungkin perlu tinggal di hospital semasa menjalani rawatan.
 
Berkat Herba Nusantara @ penawarkanser (Malaysia) - 2018
Back to content | Back to main menu