Statistik Kematian - Kanser tidak lagi membunuh - Keladi Tikus Penawar Kanser (Typhonium Flagelliforme, Rodent Tuber, Tuban xia, Laoshu yu)

Go to content

Main menu:

Statistik Kematian

Maklumat Kanser
Statistik dibawah adalah bilangan pesakit kanser yang meninggal dunia di hospital kerajaan dan swasta.

Mengikut data yang dikeluarkan oleh GlobalCan yang berpangkalan di Perancis, pada tahun 2012, sebanyak 37,400 rakyat Malaysia telah didiagnos dengan pelbagai jenis kanser, dan 21,700 telah meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang merbahaya ini. Statistik ini merupakan peningkatan daripada 32,000 kes pada tahun 2008 dan angka ini dijangka akan meningkat kepada 56,932 kes baru pada tahun 2025. Jumlah kematian pula dilihat hampir mencapai 56% daripada jumlah keseluruhan kes. Disebabkan oleh itu, pendedahan terhadap bahayanya kanser perlu diberi penekanan yang serius, pencegahan, diagnosis pada peringkat awal serta penggunaan herba yang mampu merawat kanser adalah perlu dijadikan rawatan pelengkap bagi rawatan yang sedia ada, walaupun ada yang menyatakan kaedah moden sahaja sudah mencukupi, namun statistik kematian yang dikeluarkan menunjukkan sebaliknya.


Gambarajah statistik kes kanser di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pada tahun 2012, jumlah kematian akibat kanser di Malaysia adalah purata 59 orang sehari, dan jumlah ini dijangka akan terus meningkat walaupun kebanyakkan pesakit telah dirawat menggunakan kaedah paling moden di pusat rawatan yang paling canggih. Persoalannya sekarang, tidak adakah kaedah lain untuk merawat sekaligus mengurangi jumlah kematian ini?

Pada tahun 2015 pula, kanser menyumbang kepada 13.56 peratus jumlah kematian dan berada di tangga ke tiga carta kematian di hospital kerajaan, manakala ianya berada di tangga kedua di hospital swasta dengan jumlah kematian sebanyak 25.58 peratus. Menurut Malaysia National Cancer Registry Report (MNCR) jumlah keseluruhan kes yang direkodkan bermula dari tahun 2007 hingga 2011 adalah 103,507 kes, dan dari jumlah tersebut 46,794 kes adalah lelaki dan selebihnya (56,713 kes) adalah wanita. Secara purata, terdapat 14.1 million kes direkodkan pada tahun 2012 di seluruh dunia, dan ianya meningkat sebanyak 11% setiap 4 tahun. Kanser merupakan antara penyebab utama kematian dan terdapat kira-kira 8.2 million kematian yang dicatatkan pada tahun 2012 secara keseluruhan. Di Malaysia, kanser payudara merupakan penyebab tertinggi kematian di kalangan wanita, manakala kanser paru-paru serta prostat pula merupakan penyebab utama kematian di kalangan lelaki.

Kebanyakkan kes kematian di kalangan pesakit kanser adalah disebabkan oleh kelewatan mendapatkan rawatan pelengkap, walaupun pesakit sudah dirawat dengan kaedah moden namun, penggunaan herba pelengkap yang tinggi anti kanser ini dapat meningkatkan peluang untuk pesakit sembuh sehingga 92% namun tidak semua berpeluang untuk menggunakannya.
 
Berkat Herba Nusantara @ penawarkanser (Malaysia) - 2018
Back to content | Back to main menu